ANUGERAH BIASISWA PNB

Program biasiswa kami memberi peluang kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian di universiti awam, universiti swasta terpilih serta universiti terkemuka di luar negara.

 

ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2020

LANJUTAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2020

PNB ingin memaklumkan bahawa tarikh tutup bagi permohonan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2020 telah dilanjutkan dari 25 Mac 2020 ke 8 April 2020. Selaras dengan pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan semasa, PNB juga telah mengecualikan buat sementara waktu keperluan pengesahan salinan dokumen sokongan berkaitan bersama-sama borang permohonan. Namun demikian, kesemua salinan sijil penting perlu disertakan bersama semasa proses pemilihan akhir. Kami berharap semua pemohon berada dalam kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Sila duduk di rumah dan sentiasa pastikan anda dalam keadaan selamat. Dengan ingatan tulus ikhlas.

Permohonan dibuka kepada calon-calon lepasan SPM 2019.

Para pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di kolej persediaan tempatan yang ditetapkan oleh Permodalan Nasional Behad (PNB) sebelum meneruskan pengajian ijazah sarjana muda di universiti luar negara, tertakluk kepada kelulusan PNB.

Hanya para pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Tarikh tutup permohonan: 8 April 2020.

Klik di sini untuk terma dan syarat.

MOHON DISINI

ANUGERAH BIASISWA PERDANA YTI 2020

Permohonan hanya dibuka kepada calon-calon yang telah menerima TAWARAN BERSYARAT dari universiti-universiti tertentu di United Kingdom (UK) atau Amerika Syarikat (USA) untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang pengkhususan yang berkaitan dengan perniagaan teras Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Hanya para pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Tarikh tutup permohonan: 15 Mei 2020.

Klik di sini untuk terma dan syarat.

MOHON DISINI